
Apakah sebenarnya '1Malaysia'?
Oleh G. Manimaran
HAMPIR dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.
Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.
Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai "hak" untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.
"Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.
Hanya 29 peratus yang mengatakan peranan istana menggambarkan kehendak rakyat.
Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6 dan 8 Februari lalu untuk mengukur percepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak.
Seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut.
Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, berusia 11 bulan, telah tumbang apabila tiga wakil rakyatnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk bertindak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Kini Pakatan Rakyat dan BN mempunyai anggota sama rata iaitu 28 orang.Menteri Besar Perak yang baru mengangkat sumpah Jumaat lalu manakala barisan exconya pula Selasa lalu.
Mengenai penyelesaikan kepada krisis politik ini, seramai 33 peratus responden mahu pilihan raya yang baru dilangsungkan, 35 peratus lagi mengatakan pilihan raya kecil wajar diadakan di kawasan yang ADUNnya keluar parti manakala 28 peratus mahu kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu.
![]() Timbalan Pengerusi Persatuan Seriwani, Mazlan Abd Hamid berkata, melalui usaha itu, masyarakat Islam di negara ini juga dapat bersatu dengan mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin daripada terus dianiaya rejim Zionis. Menurutnya, program keagamaan itu juga bertujuan memohon supaya keganasan dan penganiayaan tentera Israel akan mendapat hukuman yang setimpal. “Saya berharap seluruh rakyat Islam dapat menjayakan program ini dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Palestin yang terus menerus dizalimi tentera Israel. “Israel melakukan serangan ke atas masyarakat Palestin yang tidak berdosa sehinggakan anak-anak kecil menjadi mangsa kerakusan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam. Mazlan berkata, kerajaan melalui kementerian berkaitan juga diminta menyenaraikan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan negara Israel dan sekutunya bagi memudahkan masyarakat di negara ini melaksanakan usaha memboikot produk terbabit. “Usaha itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang dikhuatiri timbul dalam kalangan pengguna yang berhasrat memboikot barangan keluaran Israel atau negara-negara sekutunya. “Produk atau perkhidmatan syarikat Israel atau negara-negara sekutunya yang kita import dari luar harus disenaraikan kementerian berkenaan bagi memudahkan orang ramai memboikot produk keluaran negara itu,” katanya. Beliau berkata, usaha itu perlu digerakkan secara berterusan dan masyarakat juga perlu sepakat melaksanakan tindakan itu bagi memastikan matlamat menjatuhkan kuasa Israel dan sekutunya menjadi kenyataan. “Masyarakat juga tidak perlu bimbang kerana Malaysia sendiri mempunyai pelbagai produk yang lebih baik dan berkualiti berbanding produk yang dihasilkan syarikat Israel atau sekutunya,” katanya. |
Wartawan Kita Tue | Jan 06, 09 | 7:19:45 pm MYT | |
KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Dato' Seri Najib Razak kelihatan resah apabila petanda awal Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu semakin tercabar sekarang.
Agak meresahkan lagi apabila penduduk Cina tempatan keluar beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada perarakan calon PAS yang melalui Taman Permin Jaya, Jalan Pusara dan ke stadium negeri. Ada di antara mereka yang turut mengibar bendera PAS, KeADILan dan DAP sebagai sokongan moral kepada Abdul Wahid Endut. Agak mengharukan juga apabila ribuan penyokong Pakatan Rakyat bukan Islam dari luar Terengganu hadir memberi sokongan. Situasi itu agak luar biasa apabila mereka datang lengkap dengan pasukan gendang. "Saya melihat mood pilihan raya Mac 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku hari ini. "Ini sudah memberi isyarat awal BN berdepan dengan kesukaran untuk mempertahankan kerusi tersebut apabila usaha Umno dan BN menarik kembali sokongan rakyat nampak hambar," kata pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Zainal Abidin Hussin.
Turut kelihatan Raja Petra Kamaruddin pemilik laman web Malaysia-today. Seorang penduduk tempatan pula ketika ditemui memberitahu calon bebas yang turut bertanding pada pilihan raya tersebut Azharuddin Mamat merupakan bekas orang kuat Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Katanya, kehadiran ahli perniagaan itu ternyata menjadi satu bebanan baru kepada Umno memandangkan beliau mempunyai keluarga yang ramai dan berpengaruh di sini. "Sudah tentu undi yang akan diraihkan Umno akan berpecah dua kepada Azharuddin dan Wan Farid. Ini tentunya akan memberi satu lonjatan kepada calon PAS," katanya yang bertugas di Wisma Darul Imam. Menurut sumber ayah kepada calon Bebas terbabit pernah berkhidmat dengan Wan Mokhtar semasa menjadi Menteri Besar Terengganu. Seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti disiar di laman-laman web menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat juang Umno. Katanya, biar pun kenyataan itu dituju Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, namun ia menjejaskan reputasi Najib yang sedang berhempas pulas di Kuala Terengganu. Sebelum ini mantan perdana menteri itu menyuarakan rasa kecewa dengan pemilihan Wan Farid sebagai calon BN kerana dia dianggap hanya seorang proksi kepada Abdullah. Calon BN itu pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri pada 2003. Kemudian dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihanraya umum lalu melalui kuota sebagai senator. Tamparan lebih hebat menimpa jentera BN apabila calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan kertas pencalonan. Lebih menarik lagi apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon PAS. Zainal berkata, bakal Perdana Menteri terpaksa bekerja lebih keras lagi bagi mempertahankan kerusi Kuala Terengganu kerana petanda awal sudah memihak kepada PAS. - mj _ |
dipetik dari Harakah Daily.net Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik Tue | Jan 06, 09 | 8:30:44 pm MYT | |
MENJELANG pembukaan sesi persekolahan yang baru 5 Januari lalu, tiba-tiba Umno mendapat idea jahat terkini untuk memomokkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Pada petang 4 Januari keluar SMS (khidmat pesanan ringkas) di kalangan pemimpin Umno Perak yang berbunyi: "Jam 9.00 pagi 5/1/09 bawa Tan Sri Muhammad Taib (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ke Dewan Tadika Kemas Sri Ampang di mana pelajar tadika Kemas dihalang masuk dewan oleh arahan kerajaan negeri, boleh jadi isu kempen kita di Kuala Terengganu." Maka pada pagi tersebut tidak kurang daripada 50 orang pemimpin Umno di pelbagai peringkat (dari Ahli cawangan sehinggalah Menteri) berduyun-duyun tiba di premis tersebut. Seawal 7.40 pagi, wakil-wakil media TV3 dan RTM, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemas menunggu di situ. Siapa yang menjemput pihak media tersebut? Mendapat respon daripada SMS tersebut dan arahan tegas YAB Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika tidak dihalang, maka seawal 7.30 pagi pihak JKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan. Silapnya rantai pagar yang tidak berkunci tidak dialihkan. Apabila penulis sampai ada tiga pelajar tadika menunggu di luar pagar bersama ibu bapa dan seorang guru tadika perempuan berumur sekitar 40-an. Khuatir suasana itu boleh dijadikan modal lakonan di media, penulis mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan. Drama Umno/Kemas tersebut terserlah apabila tiba-tiba guru Kemas cuba menghalang daripada pintu pagar tersebut dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali supaya lakonan dapat dipanjangkan sementara menunggu para-para tetamu beliau. Cikgu tersebut sibuk menelefon meminta tetamunya datang segera ke Sri Ampang. Tentulah tetamu VIPnya adalah Menteri yang secara kebetulan berada di Perak! Guru tersebut berkeras mengapa hanya sekarang (pagi tersebut) dewan dibenarkan dibuka. Mengapa tidak beberapa hari lebih awal. Isunya mudah. Kerajaan negeri tidak pernah menghalang kelas Tadika Kemas beroperasi. Isu timbul kerana apabila pihak JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mengenakan peraturan penggunaan dewan supaya pihak Kemas meminta kunci secara rasmi bagi kegunaan tadika daripada pihak JKKK. Guru tersebut dilaporkan berkata kepada Ketua Kampung (yang secara kebetulan seorang ustaz bekas pensyarah Politeknik) bahawa beliau tidak akan mahu berjumpa Ketua Kampung untuk mengambil kunci. Pihak Umno melalui Ketua Bahagiannya menegaskan Ketua Kampung yang sepatutnya meminta kebenaran daripada Kemas jika menggunakan dewan. Alasannya Dewan itu hak milik Kemas kerana 'orang-orang Umno' yang bersusah payah mendirikannya 20 tahun dahulu. Bagi JKKK pula, dewan tersebut milik kerajaan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk aktiviti masyarakat (selain aktiviti politik) kerana dewan itu didirikan di tanah kerajaan. Namun Kemas tidak pernah dihalang untuk terus beroperasi. Apa yang sebenarnya diperlukan adalah kajian tentang status dewan-dewan orang ramai di seluruh negeri Perak dan peraturan bertulis tentang penggunaan Dewan supaya tidak ada lagi dewan-dewan orang ramai yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya Umno/BN. Tindakan lebih tegas juga diperlukan bagi menangani media tiga suku yang 'hostile' kepada Kerajaan Perak kini. Antaranya disarankan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan dalam ruang Awang Selamat (6 Januari 2009) bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor adalah sezalim Yahudi Israel kerana menghalang pelajar-pelajar Tadika Kemas dalam keadaan Utusan Malaysia menyedari Kerajaan Perak telah pun mengadakan sidang akhbar pada 5 Januari 2009 menafikan tindakan tersebut. Buktinya di seluruh negeri Perak beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan. Penulis adalah Bendahari Perhubungan PAS Negeri Perak. _ |