Thursday, July 24, 2014

Bak Sirih Pulang Ke Gagang: Kapten Zolkapli Kassim menang Ketua Cabang Tampin

Kapten Zolkapli (kiri) ketika bersama pasukan petugas Tampin di Saujana Impian, PRK Kajang.

Kemenangan bermakna Kapten (B) Zolkapli Kassim dalam pemilihan parti pada 10 Mei 2014 lalu ibarat sirih pulang ke gagang. Sebelum ini iaitu pada tahun 2007-2010, beliau merupakan Ketua Cabang Tampin yang telah berusaha bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan menghidupkan semula Keadilan Tampin yang merundum sejak tahun 2000.

Kapten (B) Zolkapli Kassim
Sepanjang tempoh tersebut beliau telah berjaya menjadikan Cabang Tampin kembali aktif sehingga mendapat perhatian serius pihak Umno-BN yang selama ini tidak melihat ancaman politik daripada Keadilan.

Ketika beliau memegang tampuk cabang, beberapa ranting Keadilan telah berjaya ditubuhkan iaitu Tampin Sentral (Dun Repah), Air Kuning (Dun Gemencheh) dan Jelai Kompleks (Dun Gemas). 

Namun pada pemilihan parti 2010, beliau tewas kepada mantan Ketua Cabang sesi lalu, Haji Baharuddin Arif. Walaupun tewas, beliau tetap berjiwa besar dalam politik dan masih aktif bersama anggota-anggota cabang dalam kegiatan parti.


Semoga dengan kemenangan Kapten Zolkapli dan pasukan beliau akan lebih menggerakkan Keadilan Tampin ke hadapan dan kembali menguatkan kesepakatan antara anggota cabang disamping memperkukuhkan kerjasama dengan Pas dan Dap Tampin.

Keputusan Pemilihan 2014 Cabang Tampin

Pemilihan peringkat Cabang Tampin telah berlangsung pada 10 Mei 2014 lalu. Tahniah buat semua yang bertanding dan yang telah memenangi pertandingan.

Berikut adalah keputusan pemilihan;

(Nama calon)-(jumlah undi)

Ketua:
Kapten (B) Zolkapli Kassim: 111 undi
Abd Latif Tambi: 64 undi
Rahmat Hashim: 0

Timbalan Ketua:
Jeffery Young Ahmad: 109 undi
Sha'arni Abdul Rashid: 65

Naib Ketua:
Suresh Krishna Pillai (menang tanpa bertanding)

AJK: (15 teratas)
RAFZUZAKI BIN RAZALI 119 Undi
NALLAYA A/L ARUMUGAN 119 Undi
MOHD NOR BIN YASSIN 119 Undi
AZMAN BIN MAARIS 116 Undi
ABDUL SHUKOR BIN AB AZIZ 116 Undi
SANIHIRON A/L MANIRASH 116 Undi
AB RAHIM BIN SHARIF 114 Undi
MANSOR BIN YUSOF 112 Undi
ZUL BIN SALIM 112 Undi
AZHAR BIN BASIR 112 Undi
THIYAGARAJAN A/L VELU 111 Undi
ROSLAN BIN MAULUD 110 Undi
ABD RAHMAN BIN SAID 109 Undi
MOHD DALI BIN AMUN 108 Undi

Sunday, January 8, 2012

Pembebasan DSAI lonjak semangat PR!

Tangisan gembira pasti menitis kepada setiap para penyokong dan pengikut PR seluruh negara apatah lagi buat yang berada di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi ini setelah keputusan mahkamah membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tidak bersalah dalam kes Liwat II.

Doa dan harapan yang dilafazkan oleh seluruh rakyat dimakbulkan tuhan. Suatu kelegaan yang cukup bermakna buat PR dalam meneruskan perjuangannya bagi memenangi PRU-13 akan datang. Keputusan mahkamah tersebut telah melonjakkan semangat dan moral PR ke tahap yang tinggi.

Paling terpukul hasil keputusan ini adalah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Hassan Ali yang begitu lantang mengkritik kredibiliti Anwar Ibrahim sebelum ini. Nampaknya PAS bertindak tegas dan bijak dengan menyingkirkan Hassan Ali daripada keanggotaan parti tersebut! Seakan mengulangi kisah Zulkifli Nordin yang kerap mengkritik parti dan Anwar Ibrahim sebelum dipecat keanggotaannya oleh PKR.

Harus diingat ini bukan persoalan mencampuri urusan dalaman PAS tetapi ia telah menjadi isu bersama PR kerana Hassan Ali menyerang kesepakatan PR malah telah berani mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor di dalam TV3.

Seluruh anggota PR (PKR, PAS dan DAP) harus mengukuhkan persefahaman dalam menguatkan kesepakatan yang terjalin dengan keputusan mahkamah ini. Ia adalah pemangkin ke arah memperbaiki kekeruhan kecil yang sengaja dicetuskan oleh musuh-musuh politik PR.

Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar

Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

Terima kasih

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

NONE“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.Anwar mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.

Pada perbicaraan sejak tahun 2008 itu Anwar diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Karpal Singh manakala peguam cara II negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwaan.

Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

NONEIni merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.

Tuesday, January 3, 2012

Monday, December 19, 2011

PRU 13: Apakah Umno-BN akan menang di Gemas dengan bantuan undi pos?

Peningkatan ketara undi pos di Dun Gemas dapat dilihat melalui keputusan PRU 2004 dan PRU 2008.

Pada PRU 2004, mengikut helaian keputusan menunjukkan jumlah keseluruhan undi pos ialah 453 undi dengan 431 undi sah dan 22 undi rosak.

Pada PRU 2008 pula, mengikut helaian keputusan jumlah keseluruhan undi pos adalah 2,932 undi dengan undi sah 2,774 dan 158 undi rosak.


Manipulasi Undi Pos

Umno-BN telah memanipulasikan undi pos dengan memaksima perolehan undi tersebut kepada calon BN.

Pada PRU 2004, calon Pas telah mendapat 124 undi (27.37%) manakala calon BN memperolehi 307undi (67.77%).

PRU 2008 telah memperlihatkan peningkatan luarbiasa jumlah undi pos. Calon Pas mendapat undi sebanyak 514 undi (17.53%) dan calon BN mendapat 2,260 undi (77.08%).


Persediaan Jentera

Kemenangan DAP dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu lalu harus diambil pedoman dan pengajaran berguna kepada jentera pilihanraya PR. Keupayaan dan kepakaran PACA (polling agent & counting agent) khususnya dalam mengendalikan undi pos amat perlu kerana kemenangan DAP di Sibu adalah dengan bantuan kepakaran kendalian undi pos.

Perkara ini bukan lagi mustahil dilakukan kerana telah terbukti dalam PRK Sibu. Ruang dan peluang kepakaran yang dimiliki oleh jentera PKR harus dimanfaat melalui kemahiran dalam mengendalikan undi pos.

Mungkin pada PRU-13 nanti, jika keupayaan tersebut dapat dikuasai, tidak mustahil sekurang-kurangnya PR akan mendapat 45% undi pos samada daripada undi tentera atau polis!

Thursday, December 15, 2011

Ketakutan gerombolan Umno telah menghampiri kemuncak!

Mengapa Anwar Ibrahim begitu ditakuti oleh gerombolan Umno?

  1. Anwar Ibrahim menjadi ikon kebangkitan rakyat dan mencetuskan kesedaran rakyat tentang kebobrokan pimpinan BN.

  2. Tokoh yang berjaya menyatukan para pimpinan PAS dan DAP untuk membentuk gagasan rakyat menentang gerombolan Umno-BN dengan mewujudkan Pakatan Rakyat. Sebelum itu, ilham penyatuan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia juga cetusan idea Dato' Seri Anwar Ibrahim. Hasilnya, penyatuan kedua parti telah membentuk sebuah parti pelbagai kaum yang unggul di tanahair.

  3. Seorang pemimpin yang disegani dan dihormati sekalian rakyat tanpa mengira kaum hatta ahli-ahli Umno juga masih ramai yang menyokong beliau sehingga kini.

  4. Banyak rahsia pemimpin Umno diketahui oleh beliau.