Thursday, August 27, 2009

PERTEMUAN MUAFAKAT PAKATAN RAKYAT TAMPIN

Harakah 21-23 Ogos 2009

TAMPIN: Para pemimpin PAS, PKR, DAP Tampin telah mengadakan satu pertemuan untuk sama-sama menubuhkan Majlis Pakatan Rakyat Tampin.

Pertemuan ini telah diadakan di Pusat Khidmat DUN Repah baru-baru ini. Antara yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Tampin, Zakaria Khalim, ADUN Repah, S Veerapan dan Ketua Cabang PKR Tampin, Kapt (B) Zolkapli Hj Kassim

Zakaria yang mempengerusikan pertemuan itu berkata penubuhan Majlis Pakatan Rakyat Parlimen Tampin adalah penting dalam usaha memantapkan gerak kerja ketiga-tiga parti. Majlis ini diharapkan akan menjadi platform untuk sama-sama membincangkan dan merencana jentera Pakatan Rakyat Parlimen Tampin.

Antara program dan aktiviti yang telah dipersetujui bersama adalah program pendaftaran pemilih baru yang akan disasarkan kepada golongan muda. Selain dari itu kawasan Felda yang merupakan kawasan 'talian hayat BN' akan digempur habis-habisan sebelum pilihanraya umum nanti.

Sasaran akan difokuskan kepada anak peneroka yang merupakan generasi kedua Felda dan mereka ini berpotensi besar membawa perubahan politik di kawasan Felda.

No comments: