Wednesday, December 30, 2009

X-Files: Persoalan Yang Belum Terjawab?



Apakah sebenarnya '1Malaysia'?


Setiap kali perdana menteri baru dilantik, masing-masing menjanjikan pembaharuan, urustadbir dan negara Malaysia yang lebih baik.

Najib memulakan pentadbirannya dengan berulangkali menyeru kepada sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, kali ini melalui platform yang digelar '1Malaysia'.

Selepas lapan bulan berlalu, namun masih tidak jelas apakah yang Najib maksudkan dengan '1Malaysia'.Sejak ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Najib memperagakan banyak slogan, agaknya ciptaan firma antarabangsa Apco Worldwide yang diupah untuk menggilap imejnya.

Tetapi musuh utama 1Malaysia ialah akhbar harian milik Umno Utusan Malaysia - yang terus menerus menyiarkan artikel-artikel yang berunsur rasis, sesetengahnya telah melabelkan rakyat India Malaysia sebagai 'keling' - satu istilah yang dianggap berunsur menghina.

Yang terbaru ialah isu Biro Tatanegara (BTN) yang turut mencetuskan kontroversi apabila ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, menggesa supaya ianya dimansuhkan.


Bagaimanakah '1Malaysia' ini dapat disesuaikan dengan slogan 'Ketuanan Melayu' dan hak keistimewaan orang Melayu, masih belum dapat dilihat. Atau ianya satu lagi percubaan sinis untuk menyesuaikan mesej yang berbeza kepada penonton yang juga berbeza?

1 comment:

Unknown said...

Salam tuan. Kunjungi blog saya di http://www.mybabah.blogspot.com untuk melihat Anwar Ibrahim Junior yang semakin membesar...