Tuesday, March 10, 2009

SEKITAR CERAMAH KE ARAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Barisan penceramah awal...dari kiri, Ketua bahagian Kuala Pilah, saudara Nordin Ismail bersama Adun Repah,YB Veerapan dan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, saudara Ibrahim Yusof.


Ketua Penerangan PKR Pusat merangkap Ahli Parlimen Batu, YB Chua Tian Chua sedang menyampaikan ceramah isu politik semasa.


Jamuan perpaduan PR...Dato' Kamarul Baharin Abbas (kiri) menjamu selera bersama DSAI dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Hj. Zulkifly Omar (kanan).


Kedatangan DSAI disambut oleh pelbagai kelompok masyarakat di Tampin.


Bersatu...kehadiran pelbagai masyarakat pelbagai kaum sekitar Tampin yang memenuhi dewan utama Kelab Yu Ai, Kg Baru Seri Tampin.

Walaupun hujan turun dengan lebat, tidak sekali pun menghalang kehadiran hampir lima ribu orang dari pelbagai masyarakat untuk memberi sokongan kepada ceramah Ke Arah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

Jelas sekali, semangat inginkan perubahan baru politik telah rancak di kalangan rakyat Tampin demi kesejahteraan kehidupan masa depan mereka. Kehadiran Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memancarkan harapan baru dan sinar perubahan bahawa keyakinan kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini kian hampir.

Program telah bermula seawal jam 7.30 malam dengan kehadiran beberapa ADUN PKR berbangsa Tionghua seperti YB Chua Tian Chua, YB Tan Tee Beng dan YB Chan Lih Kang bagi membuka tirai ceramah isu semasa.

DSAI tiba jam 10.30 malam. Kedatangan beliau telah disambut meriah dengan tepukan gemuruh orang ramai. Sudah pasti krisis politik Perak menjadi fokus utama ceramah beliau disamping penjelasan beberapa isu politik terkini yang dimainkan oleh media kawalan BN.

DSAI juga sempat beramah mesra dengan seluruh AJK Bahagian Tampin yang diketuai oleh Kapten (B) Zolkapli Kassim.

Program ini telah berjaya menarik kehadiran yang memberangsangkan tanpa berlaku sebarang kesulitan.

No comments: