Kemasukan bekas Ketua Cawangan UMNO Parit Buluh, Air Kuning Selatan Saudara Aziz dan rakan-rakan ke PKR Cabang Tampin merupakan petanda baik kepada Pakatan Rakyat Tampin. Apa yang lebeh memberangsangkan dan diharapkan ini adalah sebagai pencetus kepada rakan-rakan lain untuk sama-sama menyertai Aziz.
Terdapat juga desas desus yang mengatakan beberapa rakan-rakan yang sejawatan dengan Aziz akan menyertai PKR cuma menunggu masa yang sesuai sahaja untuk berbuat demikian. Rakyat Tampin banyak telah mulai sedar dan mahu menyertai PKR parti berbagai kaum.
PKR Tampin amat mengalu-ngalukan penyertaan Aziz dan rakan-rakan dan mengucapkan selamat berjuang kepada mereka. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan AJK PKR Tampin yang berusaha membawa kepada penyertaan tersebut.
Ini juga merupakan keberhasilan ulung dari Latihan Pengambilan dan Penambahan Anggota Parti yang telah dijalankan baru-baru ini yang mana Saudara Aziz telah berkesempatan hadir semasa majlis perasmian latihan tersebut dan bertemu dengan rakan-rakan pesekolahan beliau yang kebetulan hadir semasa latihan tersebut.
Dengan perkembangan itu projek untuk menawan Parlimen Tampin dan DUN-DUN yang lain akan menjadi kenyataan di Pilihanraya akan datang.
No comments:
Post a Comment