Thursday, August 27, 2009

LATIHAN PENAMBAHAN DAN PENGAMBILAN ANGGOTA PARTI




Latihan tersebut telah diadakan pada 16 Ogos 2009 di Pejabat Pas Gemencheh yang mana telah dihadiri oleh AJK Cabang Tampin merupakan julung kali diadakan di cabang Tampin dikalangan cabang-cabang di NS dikendalikan oleh Biro Latihan MPN.

Latihan telah dirasmikan oleh Ketua Cabang Kapten (B) Zolkapli Kassim juga merupakan Pengerusi Biro Latihan PKR NS dan upacara penutup telah dilaksanakan oleh YB Chai Tong Chai, ADUN Chuah merangkap Timbalan Pengerusi MPN NS.

Dalam ucapan perasmian Kapt Zol telah memaklumkan bahawa mereka yang hadir pada latihan tersebut secara automatik dilantik sebagai task force untuk menjana keahlian cabang. Tenaga pengajar pada latihan tersebut adalah terdiri dari En Rosli Abdullah, Mejar Zulkifli Mois, Haji Baharuddin dan En Ng Yong Sam.

Latihan ini merangkumi aspek-aspek bagaimana hendak menambah dan mengekalkan anggota parti yang sedia ada dan telah mendapat maklumbalas yang amat memberangsangkan dikalangan peserta .

Oleh yang demikian dimasa akan datang latihan yang serupa akan diadakan di ranting-ranting untuk menambahkan lagi keanggotaan cabang.

Cabang Tampin tidak mempunyai masalah disegi tenaga pengajar kerana Ketua dan Timbalan Ketua Cabang adalah merupakan tenaga pengajar untuk latihan tersebut di peringkat MPN.

AJK Cabang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Chai kerana kehadiran beliau untuk upacara penutup disamping memberi suntikan semangat kepada peserta latihan.

No comments: