Thursday, February 25, 2010

MASALAH PENEROKA DAN GENERASI KEDUA AKAN DIBAWA KE PARLIMEN-DATO' SERI ANWAR

Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di Parlimen, memberi jaminan bahawa segala masalah yang dirumuskan didalam Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan akan dibawa ke Parlimen didalam persidangan akan datang.
Beliau menegaskan bahawa segala kepincangan menghadapi peneroka dan generasi kedua felda ini perlu diatasi kerana melibatkan begitu ramai rakyat yang terdiri daripada keluarga peneroka.

Beliau juga yakin bahawa Kerajaan akan cuba mengatasi satu dua masalah yang dihadapi peneroka memandangkan bahawa peneroka-peneroka sudah semakin bersatu dan berani mengenengahkan masalah mereka, tetapi tidak secara menyeluruh memandangkan bahawa Felda kini sudah menyimpang dari arah tujuan penubuhannya untuk membasmi kemiskinan luar bandar kepada keuntungan kepada Felda sebagai badan korporat.
Dato Seri Anwar berkata demikian didalam perjumpaan hampir 1 jam dengan Jawatankuasa Biro Felda.
Sdr Suhaimi Said, selaku Pengerusi Biro telah menggariskan masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka dan Generasi Kedua kepada Dato Seri dan Sdr Rebin Birham, Pengerusi Penyelidikan Biro Felda PKR Pusat telah menyerahkan Memorandum mengandungi masalah-masalah tersebut dan tuntutan-tuntutan dari Peneroka-Peneroka dan Generasi Kedua.
Anwar yakin bahawa dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh dan dengan Peneroka-Peneroka memahami hak mereka, peneroka-peneroka akan memberikan sokongan kepada calon-calon PR terutamanya di Negeri-Negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

No comments: