Thursday, February 25, 2010

BERMULANYA PEMBELAAN SECARA SISTEMATIK TERHADAP FELDA DAN GENERASI KEDUA




















Apa yang dihasratkan oleh peneroka-peneroka Felda dan Generasi Kedua supaya mereka mendapat pembelaan dan tidak lagi dipermain-mainkan mendapat pengendorsan total dari Konvensyen Kebangsaan Peneroka dan Generasi Kedua Felda.

Konvensyen yang dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Felda Parti Keadialan Rakyat Negeri Pahang itu berlangsung sehari suntuk pada 20hb Februari 2010 di Markaz PAS Kawasan Jerantut, Kg Temin, Jerantut, Pahang dirasmikan oleh YB Senator Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN mewakili Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN.
Seramai 1200 peserta-peserta terdiri daripada peneroka-peneroka dan generasi kedua Felda telah menghadiri Konvensyen tersebut.
Tiga buah kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Masa Depan Felda dan Peneroka" oleh Dr Syed Husin Ali, yang menggariskan dasar PR terhadap Felda dan Peneroka dibawah pentadbiran PR kelak; "Generasi Baru Felda: Antara Impian dan Realiti" oleh Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, satu pembentangan dasar berhubung masalah generasi kedua-ketiga serta dasar menyeluruh PR untuk mengatasi masalah serta memandu generasi itu kepada kehidupan dibawah satu sistem pembelaan lengkap.
Manakala kertas kerja ketiga dibentangkan oleh Wan Rohimi Wan Daud, peguam kepada 354 peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang membentangkan kes peneroka-peneroka tersebut dari segi "case study".

Peserta-peserta telah dihidangkan dasar menyeluruh PR terhadap peneroka-peneroka dan generasi kedua. Peneroka-peneroka juga diberikan jaminan untuk mendapatkan nasihat guaman percuma seperti yang dijaminkan oleh Penasihat Guaman Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid. Seramai 8 orang peguam Negeri Pahang yang hadir di Konvensyen itu yang sanggup memberikan bantuan nasihat guaman telah dijemput keatas pentas dengan mendapat tepukan gemuruh dari peserta-peserta yang hadir.

Konvensyen yang bermula dari jam 9.00 pagi itu berakhir pada jam 5.30 petang dan rumusan dari Konvensyen itu akan disediakan oleh Sdr Ahmad Nizam Hamid dan Jawatankuasanya didalam tempoh 2 minggu dan rumusan itu akan dihantar kepada Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat untuk dijadikan dasar perjuangan PR terhadap Felda, Peneroka dan Generasi Kedua.

1 comment:

safajacobucci said...

Casino | Jeux City, New Jersey - JTM Hub
Join JTM and enjoy world class entertainment at Jeux 세종특별자치 출장마사지 City, 평택 출장안마 New Jersey. 강원도 출장샵 Discover a new world 거제 출장안마 of interactive 군포 출장안마 casinos, slots, and Table Games.