Thursday, August 27, 2009

PERTEMUAN MUAFAKAT PAKATAN RAKYAT TAMPIN

Harakah 21-23 Ogos 2009

TAMPIN: Para pemimpin PAS, PKR, DAP Tampin telah mengadakan satu pertemuan untuk sama-sama menubuhkan Majlis Pakatan Rakyat Tampin.

Pertemuan ini telah diadakan di Pusat Khidmat DUN Repah baru-baru ini. Antara yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Tampin, Zakaria Khalim, ADUN Repah, S Veerapan dan Ketua Cabang PKR Tampin, Kapt (B) Zolkapli Hj Kassim

Zakaria yang mempengerusikan pertemuan itu berkata penubuhan Majlis Pakatan Rakyat Parlimen Tampin adalah penting dalam usaha memantapkan gerak kerja ketiga-tiga parti. Majlis ini diharapkan akan menjadi platform untuk sama-sama membincangkan dan merencana jentera Pakatan Rakyat Parlimen Tampin.

Antara program dan aktiviti yang telah dipersetujui bersama adalah program pendaftaran pemilih baru yang akan disasarkan kepada golongan muda. Selain dari itu kawasan Felda yang merupakan kawasan 'talian hayat BN' akan digempur habis-habisan sebelum pilihanraya umum nanti.

Sasaran akan difokuskan kepada anak peneroka yang merupakan generasi kedua Felda dan mereka ini berpotensi besar membawa perubahan politik di kawasan Felda.

PETANDA BAIK PAKATAN RAKYAT TAMPIN

Kemasukan bekas Ketua Cawangan UMNO Parit Buluh, Air Kuning Selatan Saudara Aziz dan rakan-rakan ke PKR Cabang Tampin merupakan petanda baik kepada Pakatan Rakyat Tampin. Apa yang lebeh memberangsangkan dan diharapkan ini adalah sebagai pencetus kepada rakan-rakan lain untuk sama-sama menyertai Aziz.

Terdapat juga desas desus yang mengatakan beberapa rakan-rakan yang sejawatan dengan Aziz akan menyertai PKR cuma menunggu masa yang sesuai sahaja untuk berbuat demikian. Rakyat Tampin banyak telah mulai sedar dan mahu menyertai PKR parti berbagai kaum.

PKR Tampin amat mengalu-ngalukan penyertaan Aziz dan rakan-rakan dan mengucapkan selamat berjuang kepada mereka. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan AJK PKR Tampin yang berusaha membawa kepada penyertaan tersebut.

Ini juga merupakan keberhasilan ulung dari Latihan Pengambilan dan Penambahan Anggota Parti yang telah dijalankan baru-baru ini yang mana Saudara Aziz telah berkesempatan hadir semasa majlis perasmian latihan tersebut dan bertemu dengan rakan-rakan pesekolahan beliau yang kebetulan hadir semasa latihan tersebut.

Dengan perkembangan itu projek untuk menawan Parlimen Tampin dan DUN-DUN yang lain akan menjadi kenyataan di Pilihanraya akan datang.

LATIHAN PENAMBAHAN DAN PENGAMBILAN ANGGOTA PARTI




Latihan tersebut telah diadakan pada 16 Ogos 2009 di Pejabat Pas Gemencheh yang mana telah dihadiri oleh AJK Cabang Tampin merupakan julung kali diadakan di cabang Tampin dikalangan cabang-cabang di NS dikendalikan oleh Biro Latihan MPN.

Latihan telah dirasmikan oleh Ketua Cabang Kapten (B) Zolkapli Kassim juga merupakan Pengerusi Biro Latihan PKR NS dan upacara penutup telah dilaksanakan oleh YB Chai Tong Chai, ADUN Chuah merangkap Timbalan Pengerusi MPN NS.

Dalam ucapan perasmian Kapt Zol telah memaklumkan bahawa mereka yang hadir pada latihan tersebut secara automatik dilantik sebagai task force untuk menjana keahlian cabang. Tenaga pengajar pada latihan tersebut adalah terdiri dari En Rosli Abdullah, Mejar Zulkifli Mois, Haji Baharuddin dan En Ng Yong Sam.

Latihan ini merangkumi aspek-aspek bagaimana hendak menambah dan mengekalkan anggota parti yang sedia ada dan telah mendapat maklumbalas yang amat memberangsangkan dikalangan peserta .

Oleh yang demikian dimasa akan datang latihan yang serupa akan diadakan di ranting-ranting untuk menambahkan lagi keanggotaan cabang.

Cabang Tampin tidak mempunyai masalah disegi tenaga pengajar kerana Ketua dan Timbalan Ketua Cabang adalah merupakan tenaga pengajar untuk latihan tersebut di peringkat MPN.

AJK Cabang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Chai kerana kehadiran beliau untuk upacara penutup disamping memberi suntikan semangat kepada peserta latihan.

Wednesday, August 26, 2009

PERTEMUAN TERTUTUP DSAI DENGAN MPN NEGERI SEMBILAN


Sempena dengan program DSAI turun ke Negeri Sembilan satu pertemuan tertutup antara Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri Sembilan dengan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Hotel Royale Bintang, Seremban pada 11hb Ogos 2009 lalu pada jam 6.00 petang.

Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh seluruh Jawatankuasa MPN Negeri Sembilan. Cabang Tampin telah dihadiri oleh Ketua Cabang Kapten (B) Zolkapli Kassim dan Ketua Wanita Puan Fadhilah Noraini Salleh.

Dato' Kamarul Baharin Abbas Pengerusi MPN NS telah memberi taklimat ringkas tentang perkembangan terkini MPN NS kepada DSAI. Dalam pertemuan ini , DSAI juga mengambil kesempatan menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PKR NS supaya merapatkan saf dan sentiasa fokus kepada matlamat parti untuk menawan NS di masa akan datang. Beliau juga telah menjelaskan secara ringkas situasi politik semasa dan kes liwat yang sedang beliau hadapi.

Perjumpaan dan Dailog Bersama Dewan Perhimpunana Cina NS




Satu pertemuan dan dialog antara PKR Negeri Sembilan dengan Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan telah berlangsung pada 30hb Jun 2009 lalu di Pejabat PKR NS jam 8.30 malam.

Pertemuan mesra ini telah berjaya mewujudkan satu persefahaman yang utuh antara kedua-dua pihak. Pelbagai persoalan yang menjadi keraguan antara kedua-dua pihak telah berjaya diperjelaskan dengan tepat dan menyakinkan oleh Pimpinan Negeri dan telah mencetuskan keyakinan kepada NSCA bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh PKR mampu mentadbir Negeri Sembilan pada masa depan lebih baik dan terjamin.

Thursday, August 20, 2009

Rethinking Menawan Negeri Sembilan





Satu lagi bengkel telah diadakan pada 10,11 & 12 Julai 2009 anjuran MPN bersama Biro Latihan Pusat & Friedrich Naumann Foundation di Port Dickson.

Semua pemimpim utama Cabang di Negeri Sembilan telah hadir untuk program tersebut. Cabang Tampin telah diwakili oleh Kapten (B) Zolkapli Kassim, Haji Baharuddin Arif, saudara Mansur Yusof dan Puan Fathillah Nurani Salleh.

Bengkel Recruitment Membership Drive Skill






Pada 28hb Jun 2009 lalu, satu bengkel anjuran bersama Biro Latihan Pusat, Majlis Pimpinan Negeri & IRI telah diadakan di Hotel Royale Bintang, Seremban.

Kapten (B) Zolkapli Kassim Ketua Cabang Tampin dan merangkap Pengerusi Biro Latihan PKR NS bersama-sama Timbalan Ketua Cabang Haji Baharuddin Arif dan Ketua Wanita Puan Fathillah Nurani Salleh telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel ini adalah suatu program latihan kaedah merekrut keanggotaan parti. Disamping itu, ia juga mendedahkan kepada seluruh peserta kaedah-kaedah strategik untuk menambah dan mengekalkan keanggotaan parti yang sedia ada.

Hasil daripada bengkel ini, satu kumpulan "task force" dibawah biro Keanggotaan & Pentadbiran MPN Negeri Sembilan telah diwujudkan yang akan bekerjasama dengan Biro Latihan MPN Negeri Sembilan. Turut terlibat dalam kumpulan ini adalah Kapten (B) Zolkapli Kassim dan Haji Baharuddin Arif selaku tenaga pengajar.