Sunday, January 8, 2012

Pembebasan DSAI lonjak semangat PR!

Tangisan gembira pasti menitis kepada setiap para penyokong dan pengikut PR seluruh negara apatah lagi buat yang berada di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi ini setelah keputusan mahkamah membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tidak bersalah dalam kes Liwat II.

Doa dan harapan yang dilafazkan oleh seluruh rakyat dimakbulkan tuhan. Suatu kelegaan yang cukup bermakna buat PR dalam meneruskan perjuangannya bagi memenangi PRU-13 akan datang. Keputusan mahkamah tersebut telah melonjakkan semangat dan moral PR ke tahap yang tinggi.

Paling terpukul hasil keputusan ini adalah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Hassan Ali yang begitu lantang mengkritik kredibiliti Anwar Ibrahim sebelum ini. Nampaknya PAS bertindak tegas dan bijak dengan menyingkirkan Hassan Ali daripada keanggotaan parti tersebut! Seakan mengulangi kisah Zulkifli Nordin yang kerap mengkritik parti dan Anwar Ibrahim sebelum dipecat keanggotaannya oleh PKR.

Harus diingat ini bukan persoalan mencampuri urusan dalaman PAS tetapi ia telah menjadi isu bersama PR kerana Hassan Ali menyerang kesepakatan PR malah telah berani mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor di dalam TV3.

Seluruh anggota PR (PKR, PAS dan DAP) harus mengukuhkan persefahaman dalam menguatkan kesepakatan yang terjalin dengan keputusan mahkamah ini. Ia adalah pemangkin ke arah memperbaiki kekeruhan kecil yang sengaja dicetuskan oleh musuh-musuh politik PR.

No comments: