Thursday, December 15, 2011

MCA yakin tawan tiga kerusi dun PR

Kekalahan MCA kebanyakan kerusi dun yang ditandingi pada PRU 2008 lalu telah menyebabkan BN Negeri Sembilan kehilangan kelebihan dua pertiganya dalam Dewan Undangan Negeri. Namun begitu, pihak MCA Negeri Sembilan juga diketahui telah menyusun kembali strategi dan gerakan politiknya untuk kembali merampas kerusi-kerusi dun yang tewas tersebut khususnya yang dimenangi oleh DAP.

Ada maklumat tidak rasmi yang diperolehi daripada orang dalam MCA Negeri Sembilan bahawa sasaran mereka adalah dun Temiang, Rahang dan Repah disamping mempertahankan kemenangan di dun Chennah.

Berdasarkan data keputusan PRU-12, DAP memenangi ketiga-tiga dun tersebut dengan kelebihan bawah dua ribu undi. MCA mempunyai keyakinan tinggi untuk menawan ketiga-tiga kerusi tersebut atas faktor sokongan pengundi Melayu yang tinggi kepada BN iaitu sekitar 65 hingga 68 peratus.

Maklumat ini harus diambil perhatian oleh PR NS sekiranya ingin menawan negeri ini pada PRU-13 nanti. PR NS mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan untuk memperkemaskan prestasi dan kelebihan.

Apabila menyentuh isu sokongan pengundi Melayu, peranan membantu rakan komponen, DAP perlu diperkuatkan khususnya di kawasan-kawasan majoriti pemilih Melayu bagi meningkatkan kefahaman dan sokongan mereka kepada perjuangan PR.

No comments: