Friday, June 11, 2010

PENEROKA FELDA DIZALIMI

Adakah rakyat Malaysia sedar bahawa peneroka felda sedang dizalimi secara mental dan fizikal ?
Mereka dizalimi secara mental kerana dilayan seperti `pekerja ladang estet' dan dinafikan hak walau pun dalam masa yang sama dipaksa membayar segala kos. Mental mereka masih ditanamkan nilai bahawa mereka amat bergantung nasib kepada felda dan telah termakan jasa yang begitu besar hingga mereka tak mungkin mampu membayarnya seumur hidup. Mental mereka dibuli dengan ugutan bahawa mereka boleh bila-bila masa diambil tindakan bahkan dihalau dari rumah dan tanah mereka sekiranya mereka menyokong pembangkang walau pun mereka telah melangsaikan hutang. Mental mereka didera bahawa keluarga dan anak cucu mereka hanya akan selamat dan `berjaya atau bahagia' jika menerima bulat-bulat keputusan felda terhadap harta benda dan hak milik tanah mereka.
Secara fizikal mereka didera kebebasan mereka dengan akta-akta yang digubal oleh kepentingan felda. Mereka dihina dan disusahkan hanya kerana meminta hak tanah mereka diserahkan segera. Mereka dicemuh sebagai tidak mengenang budi hanya kerana tidak setuju dengan beberapa keputusan pengurusan felda. Mereka dan keluarga ditekan, dipinggirkan, dianaktirikan dan diperolokkan hanya kerana mereka ingin berdikari dengan mengusahakan sendiri tanah ladang mereka. Malah ada kalanya pihak berkuasa bersekongkol untuk menambah aib dan azab warga rakyat Malaysia bergelar peneroka yang ingin berfikiran maju tapi berbeza pendekatan dengan felda.
Kisah benar mereka mungkin terlalu `tahyul' oleh sebahagian orang yang masih bermimpi. Ini kerana diari kisah benar mereka tidak pernah dibuka atau cuba diselidiki oleh media yang ditunggangi oleh sekutu Yahudi APCO. Rajin-rajinlah membaca jika ingin mendapat ilmu.

Thursday, March 4, 2010

SYABAS SAIFUDDIN SELAMAT JALAN SALLEHUDDIN

Selepas menonton program sudut pandang di Astro Awani sebentar tadi ternyatalah bahawa patah dalam pkr akan tumbuh dan hilang akan berganti dan pengganti kali ini nyata adalah lebeh hebat dari yang pergi. Adakalanya pokok yang rendang perlu dipangkas dahan-dahannya yang difikirkan tidak boleh menghasilkan buah. Adakalanya juga dahan yang terlalu rendang akan memudahkan pokok menjadi tumbang apabila dipukul ribut. Selepas dahan yang tidak berguna pada pohon telah dipangkas ianya membolehkan pohon berbunga dan menghasilkan buah yang baik dan bermutu bukan sahaja sesuai untuk dimakan malah boleh dijual di pasar dan dibungkus dengan baik untuk diekspot. PKR telah nyata banyak kehilangan pemimpin2 yang lebeh hebat dari mereka yang keluar parti baru-baru ini tapi pada hakikatnya ianya lebeh menyerlah. PKR didukung oleh rakyat bukan oleh pemimpin yang bangsat ini. Hayati perjuangan parti lawan tetap lawan.

PAK LAH ANGGAP BN BELUM KUAT WALAU BEBERAPA MP PKR KELUAR PARTI – harakah daily


PUTRAJAYA, 3 Mac: Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat bahawa BN kini telah menjadi kuat berikutan beberapa ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan keluar parti.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di Putrajaya hari ini.

Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Beliau adalah korban pertama dalam reformasi yang dicanangkan Umno-BN selepas kekalahan teruk BN pada Pilihanraya Umum 2008.

Ketika BN menang besar pada 2004 Abdullah disanjung melangit, namun dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah BN pada 2008 ramai pemimpin ada ahli Umno mahu beliau berundur secara terhormat.

Abdullah jelas masih melihat kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugat kerana yang keluar parti itu hanyalah Ahli Parlimen yang dalam Pilihanraya akan datang belum tentu akan bertanding lagi.

Kedudukan Pakatan dan BN dalam pilihanraya akan datang adalah dari undi rakyat dan kedua-dua pihak masih dilihat mempunyai pengaruh yang seimbang.

Thursday, February 25, 2010

DOK DIAM-DIAM KALAU TAK NAK CAMPURI URUSAN NEGARA LAIN

Patriotik benar bila ada puak-puak politik marah sangat bila 50 Ahli Parlimen Australia pinta kes liwat DSAI digugurkan termasuk dari PAS (kecuali TGNA). "Ini urusan Malaysia, jangan masuk campur".
Maka diatas semangat yang sama, jangan masuk campur dalam masalah Iran, Palestin, Selatan Thai, Mindanao dan jangan masuk campur dalam isu-isu di Afrika. Ada juga pehak yang terang-terang pergi melawat negara yang berkenaan yang secara tidak lansung memberi sokongan.
Amerika bukan saja masuk campur. Amerika gempur dengan senjata di Iraq, di Iran, di Afghanistan.
Jangan masuk campur di Myanmar. Jangan masuk campur di Tibet. Jangan masuk campur di Taiwan.
Jangan masuk campur. Jaga tepi kain sendiri atau jubah sendiri saja.
Ini sokonganlah weh. Tak faham. Di Negara Malaysia ni banyak yang tak telus. Mahkamah tak telus, polis tak telus, SPR tak telus, SPRM tak telus, dan pemimpin-pemimpin pembangkang diambil tindakan undang-undang secara fitnah. Dan fitnah terhadap Anwar adalah fitnah paling besar.
Mereka dari Negara Demokrasi dapat melihat dengan jelas fitnah ini. Dan mereka dari Negara demokrasi merasakan menjadi tanggungjawab mereka untuk menegur demi perjalanan demokrasi seluruh dunia.
Ada pemimpin termasuk PAS sanggup menegur perkara-perkara yang berlaku di Lubnan, Syria, Yemen, dunia Afrika, Palestin, Mesir bahkan Selatan Thai. Mereka merasakan itu adalah hak dan tanggungjawab mereka, tetapi apabila ada teguran yang sama dari Negara-Negara Demokrasi terhadap kebobrokan di Malaysia, mereka dengan muka tak malu, menyatakan bahawa itu adalah campur tangan yang tak diperlukan.

BERMULANYA PEMBELAAN SECARA SISTEMATIK TERHADAP FELDA DAN GENERASI KEDUA




















Apa yang dihasratkan oleh peneroka-peneroka Felda dan Generasi Kedua supaya mereka mendapat pembelaan dan tidak lagi dipermain-mainkan mendapat pengendorsan total dari Konvensyen Kebangsaan Peneroka dan Generasi Kedua Felda.

Konvensyen yang dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Felda Parti Keadialan Rakyat Negeri Pahang itu berlangsung sehari suntuk pada 20hb Februari 2010 di Markaz PAS Kawasan Jerantut, Kg Temin, Jerantut, Pahang dirasmikan oleh YB Senator Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN mewakili Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN.
Seramai 1200 peserta-peserta terdiri daripada peneroka-peneroka dan generasi kedua Felda telah menghadiri Konvensyen tersebut.
Tiga buah kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Masa Depan Felda dan Peneroka" oleh Dr Syed Husin Ali, yang menggariskan dasar PR terhadap Felda dan Peneroka dibawah pentadbiran PR kelak; "Generasi Baru Felda: Antara Impian dan Realiti" oleh Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, satu pembentangan dasar berhubung masalah generasi kedua-ketiga serta dasar menyeluruh PR untuk mengatasi masalah serta memandu generasi itu kepada kehidupan dibawah satu sistem pembelaan lengkap.
Manakala kertas kerja ketiga dibentangkan oleh Wan Rohimi Wan Daud, peguam kepada 354 peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang membentangkan kes peneroka-peneroka tersebut dari segi "case study".

Peserta-peserta telah dihidangkan dasar menyeluruh PR terhadap peneroka-peneroka dan generasi kedua. Peneroka-peneroka juga diberikan jaminan untuk mendapatkan nasihat guaman percuma seperti yang dijaminkan oleh Penasihat Guaman Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid. Seramai 8 orang peguam Negeri Pahang yang hadir di Konvensyen itu yang sanggup memberikan bantuan nasihat guaman telah dijemput keatas pentas dengan mendapat tepukan gemuruh dari peserta-peserta yang hadir.

Konvensyen yang bermula dari jam 9.00 pagi itu berakhir pada jam 5.30 petang dan rumusan dari Konvensyen itu akan disediakan oleh Sdr Ahmad Nizam Hamid dan Jawatankuasanya didalam tempoh 2 minggu dan rumusan itu akan dihantar kepada Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat untuk dijadikan dasar perjuangan PR terhadap Felda, Peneroka dan Generasi Kedua.

MASALAH PENEROKA DAN GENERASI KEDUA AKAN DIBAWA KE PARLIMEN-DATO' SERI ANWAR

Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di Parlimen, memberi jaminan bahawa segala masalah yang dirumuskan didalam Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan akan dibawa ke Parlimen didalam persidangan akan datang.
Beliau menegaskan bahawa segala kepincangan menghadapi peneroka dan generasi kedua felda ini perlu diatasi kerana melibatkan begitu ramai rakyat yang terdiri daripada keluarga peneroka.

Beliau juga yakin bahawa Kerajaan akan cuba mengatasi satu dua masalah yang dihadapi peneroka memandangkan bahawa peneroka-peneroka sudah semakin bersatu dan berani mengenengahkan masalah mereka, tetapi tidak secara menyeluruh memandangkan bahawa Felda kini sudah menyimpang dari arah tujuan penubuhannya untuk membasmi kemiskinan luar bandar kepada keuntungan kepada Felda sebagai badan korporat.
Dato Seri Anwar berkata demikian didalam perjumpaan hampir 1 jam dengan Jawatankuasa Biro Felda.
Sdr Suhaimi Said, selaku Pengerusi Biro telah menggariskan masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka dan Generasi Kedua kepada Dato Seri dan Sdr Rebin Birham, Pengerusi Penyelidikan Biro Felda PKR Pusat telah menyerahkan Memorandum mengandungi masalah-masalah tersebut dan tuntutan-tuntutan dari Peneroka-Peneroka dan Generasi Kedua.
Anwar yakin bahawa dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh dan dengan Peneroka-Peneroka memahami hak mereka, peneroka-peneroka akan memberikan sokongan kepada calon-calon PR terutamanya di Negeri-Negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Sunday, February 7, 2010

Catatan Tengah Malam - Mohd Sayuti Omar

Sunday, February 7, 2010


AMK Lancar Gerak Kerja Membela AnwarSEKEJAP tadi berlangsung himpunan ringkas di perkarangan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya Selangor untuk menyatakan sokongan dan memberi semangat kepada Anwar Ibrahim yang kini sedang menghadapi perbicaraan tuduhan liwat kali kedua.Himpunan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu dihadiri hampir 1000 para penyokong Anwar terdiri dari pada reformis.Himpunan sekejap tadi juga memberi pengertian tersendiri bila mana para reformis yang sebelum ini bercemperaian selepas Anwar dibebaskan dari penjara kini berhimpun dan berjumpa kembali untuk terus bersama Anwar.Mereka yang sebelum ini menghilang diri apabila Anwar bebas dan PKR bersama DAP dan Pas menguasai empat kerajaan negeri, tiba-tiba muncul beramai-ramai bagaikan kalkatu keluar dari lubang setelah Anwar menghadapi musibah kali kedua."Kami bukan memperjuangkan pangkat dan kedudukan, tetapi kami memperjuangkan kebenaran dan keadilan didokong oleh Anwar. Sebab itu bila Anwar ditimpa musibah kami akan bersatu untuk menyokongnya. Masalah dan kesusahan Anwar adalah masalah dan kesusahan kami juga," demikian kata seorang reformis penuh bersemangat kepada saya.Walaupun himpunan sekejap tadi dibuat dalam short notis tetapi ternyata kepantasan para refomis dan golongan muda terutamanya yang bergabung dalam AMK mengaturkan gerak kerja sesuatu yang boleh dipuji. Kemampuan mengadakan himpunan itu menunjukkan AMK tidak mudah patah semangat dalam memperjuangkan reformasi.
Beberapa orang sahabat veteran Anwar yang sejak mula bersamanya juga tuturt kelihatan datang untuk memberi sokongan moral kepada Anwar.
Anwar turut sama hadir meraikan himpunan berkenaan. Kedatangan Anwar bolehlah disifatkan sebagai merasmikan himpunan AMK untuk memulakan gerak mempertahankan beliau.Sebagai simbolik bermulanya gerakan membela penasihat PKR itu, Anwar dikenakan t shirt yang berlambang wajahnya berwarna oren yang menjadi tema reformasi kali ini. Sebaik Anwar memakai t shit berkenaan laungan reformasi bergema beberapa kali mengembalikan nostalgia kira-kira 10 tahun lalu. Lauangan itu berjaya meremangkan bulu roma.
Bagaimana pun agak menyesalkan sedikit tidak ramai pemimpin utama PKR yang hadir. Mungkin mereka tidak menyedari himpunan berkenaan. Hanya beberapa orang wakil rakyat yang kelihatan. Antara mereka, Noridah Kamarudin (Ampang), Tian Chua (Batu), Mike Manikavasagan (Kampar), Haniza Talha (Batu Tiga), Manakala Nurul Izzah (Lembah Pantai) dikatakan tiba selepas bapaknya meninggalkan himpunan berkenaan.Orang kanan Anwar yang juga wakil rakyat Bukit Antara Bangsa dan Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali tidak kelihatan bersama himpunan berkenaan. Menurut maklumat beliau dikatakan berada di lokasi memandangkan keretanya di parking di situ.Dalam ucapan ringkasnya Anwar menjelaskan beliau tidak gentar dengan tindakan mahkamah yang dikenakan kini. Katanya, takdir beliau dipenjarakan sekali lagi ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepadanya dan perjuangan menegakkan keadilan. "Saya sudah dipenjara selama enam tahun, tidak ada apa-apa pun," katanya merujuk kepada dirinya tahanan itu tidak sedikitpun melemahkan semangatnya.Seperti 10 tahun lalu beliau menyifatkan apa yang berlaku ke atasnya adalah strategi untuk memalukannya. Tindakan ini katanya kerana pihak berkenaan takut kepada sokongan rakyat kepada perjuangan yang dipanjikan. Beliau berterima kasih kepada penyokong yang tetap setia bersamanya. "Ada juga yang telah lari, tetapi masih ada yang menyokong saya, terima kasih." ujarnya. Ulasan selanjutnya besok. [wm.kl. 12:00 t/malam 08/02/10]


Posted by mso.im at 11:57:00 PM
Labels:

0 comments

Friday, February 5, 2010

AJK PUSAT BIRO FELDA PARTI KEADILAN RAKYAT

Dalam usaha untuk memantapkan lagi sokongan warga Felda terhadap PR pada PRU yang akan datang PKR Pusat telah menubuhkan Biro Felda bagi memenuhi hasrat tersebut. Untuk maklumat warga Felda Cabang Tampin berikut adalah AJK Biro Felda Pusat, tuan puan boleh menghubungi AJK berkenaan sekiranya ada permasalahan yang berhubung kait dengan Felda yang boleh dikongsi bersama.

Pengerusi : Haji Suhaimi Said (Pahang - 0199882115)

Timbalan Pengerusi : T. Kumar (N. Sembilan - 0193856703)

Naib-Naib Pengerusi

: Mohd Kamel Yassin (N. Sembilan - 0192169984)
: Zabidie Abas (Johor - 0197654699)
: Haji Zahari Mamat (Pahang - 0199098009)

Setiausaha : Tajudin Ramli (Pahang - 0199887111

Bendahari : Dr Shiful Nizam (N. Sembilan -0136584345

Ketua Penerangan : Razali Ithnain (Pahang - 0123147350)

Pengerusi Guaman : Mohd Nazri Kassim (N. Sembilan - 0196224252)

Pengerusi Research/
Think Tank
: Rebin Birham (N. Sembilan - 019 3572986)

Ahlijawatankuasa

: Kapt (B) Zolkapli Kassim (N. Sembilan - 0192726008
: Mohd Ali Wahid (Pahang - 0179516412)
: Rosli Ahmad (Pahang - 0199181309)
: Azizan Jaafar (Pahang - 0199098009)
: Sahat Mohd Salleh (Johor - 0137700363)

Warga Felda Prihatin: melaksana tanggungjawab membela warga Felda

PKR Negeri Sembilan tidak ketinggalan dalam usaha membela nasib rakyat di kawasan-kawasan Felda di Negeri Sembilan. Atas tanggungjawab itu, satu badan bebas iaitu Warga Felda Prihatin telah diwujudkan bagi melaksanakan tanggungjawab membela nasib warga Felda negeri ini.Rakyat negeri ini masih tidak menyedari kewujudan badan ini dalam memacu kepentingan rakyat di kawasan-kawasan warga Felda. Masalah utama yang sering membebani wara peneroka Felda meliputi pelbagai sudut yang akhirnya memerangkap kehidupan mereka. Atas bebanan masalah yang dihadapi ramai warga peneroka mudah ditipu dan 'diperhambakan' oleh tindakan-tindakan yang meragut keadilan sosial mereka.Seiring dengan kewujudan Biro Hal ehwal Peneroka PKR Pusat, Warga Felda Prihatin akan menjadi pemangkin membela warga peneroka Felda di Negeri Sembilan.Sebagai makluman penting, pejuang-pejuang sosial bagi warga peneroka Felda dari PKR Negeri Sembilan dipimpin sendiri oleh anak-anak peneroka Felda itu sendiri iaitu saudara Haji Muhamad Kamel Yasin yang berasal dari Felda Sendayan, saudara Rebin Birham (Ketua AMK NS) yang berasal dari Felda Palong, Haji Baharuddin Arif dari Felda Bukit Rokan dan Kapten (B) Zolkapli Kassim dari Felda Bukit Jalor, Tampin.
Posted

Ceramah Umum

7hb Febuari 2010/Ahad.8.45 malamRumah Tn. Hj Ismail NasirNo. 200, Felda Alias 2, Jempol.Penceramah Utama: Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Malaysia)Tn. Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda PKR Pusat)YB Teo Kok Seong (ADUN Bahau)Hotline:013-601 2553 (Karip Salleh).

Bagi warga Felda di kawasan Tampin sila hadir beramai-ramai.

Wednesday, January 6, 2010

Tragedi Gemencheh: Suspek ditahan reman

Seorang lelaki berusia 32 tahun - suspek utama dalam kes pembunuhan empat sekeluarga di dua buah rumah yang terletak bersebelahan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh kelmarin - ditahan polis di ibu negara semalam.

Satu pasukan polis dari Negeri Sembilan dihantar ke Kuala Lumpur untuk membawa suspek pulang bagi mendapatkan perintah reman selama tujuh hari di Tampin, lapor Bernama.Siasatan awal polis menunjukkan lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Polis juga akan menyiasat sama ada lelaki itu ada terlibat dalam ajaran sesat.Menurut agensi berita itu lagi, beberapa orang ahli keluarga yang ditemui berkata suspek - anak keempat daripada lapan adik-beradik - memang diketahui mengalami tekanan perasaan tetapi puncanya tidak diketahui.

Lelaki tersebut juga sering bertukar kerja dan gagal menamatkan pelajarannya di sebuah universiti.Suspek ditahan berhampiran Jalan Masjid India kira-kira pukul 5 petang oleh sepasukan polis dan menemui sebilah pisau bersama.Bagaimanapun pisau tersebut masih lagi disiasat sama ada digunakan untuk pembunuhan tersebut atau tidak.

Dalam tragedi lebih kurang 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang merupakan bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam.Mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua buah rumah yang terletak bersebelahan.

Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui oleh adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam itu, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

Bernama menyebut, suspek yang tinggal di Kuala Lumpur merupakan cucu kepada Atan dan abang kepada Siti Khadijah, yang melarikan diri selepas kejadian itu.

PKR Tampin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan diberi ketabahan menghadapi dugaan.