Monday, December 19, 2011

PRU 13: Apakah Umno-BN akan menang di Gemas dengan bantuan undi pos?

Peningkatan ketara undi pos di Dun Gemas dapat dilihat melalui keputusan PRU 2004 dan PRU 2008.

Pada PRU 2004, mengikut helaian keputusan menunjukkan jumlah keseluruhan undi pos ialah 453 undi dengan 431 undi sah dan 22 undi rosak.

Pada PRU 2008 pula, mengikut helaian keputusan jumlah keseluruhan undi pos adalah 2,932 undi dengan undi sah 2,774 dan 158 undi rosak.


Manipulasi Undi Pos

Umno-BN telah memanipulasikan undi pos dengan memaksima perolehan undi tersebut kepada calon BN.

Pada PRU 2004, calon Pas telah mendapat 124 undi (27.37%) manakala calon BN memperolehi 307undi (67.77%).

PRU 2008 telah memperlihatkan peningkatan luarbiasa jumlah undi pos. Calon Pas mendapat undi sebanyak 514 undi (17.53%) dan calon BN mendapat 2,260 undi (77.08%).


Persediaan Jentera

Kemenangan DAP dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu lalu harus diambil pedoman dan pengajaran berguna kepada jentera pilihanraya PR. Keupayaan dan kepakaran PACA (polling agent & counting agent) khususnya dalam mengendalikan undi pos amat perlu kerana kemenangan DAP di Sibu adalah dengan bantuan kepakaran kendalian undi pos.

Perkara ini bukan lagi mustahil dilakukan kerana telah terbukti dalam PRK Sibu. Ruang dan peluang kepakaran yang dimiliki oleh jentera PKR harus dimanfaat melalui kemahiran dalam mengendalikan undi pos.

Mungkin pada PRU-13 nanti, jika keupayaan tersebut dapat dikuasai, tidak mustahil sekurang-kurangnya PR akan mendapat 45% undi pos samada daripada undi tentera atau polis!

Thursday, December 15, 2011

Ketakutan gerombolan Umno telah menghampiri kemuncak!

Mengapa Anwar Ibrahim begitu ditakuti oleh gerombolan Umno?

  1. Anwar Ibrahim menjadi ikon kebangkitan rakyat dan mencetuskan kesedaran rakyat tentang kebobrokan pimpinan BN.

  2. Tokoh yang berjaya menyatukan para pimpinan PAS dan DAP untuk membentuk gagasan rakyat menentang gerombolan Umno-BN dengan mewujudkan Pakatan Rakyat. Sebelum itu, ilham penyatuan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia juga cetusan idea Dato' Seri Anwar Ibrahim. Hasilnya, penyatuan kedua parti telah membentuk sebuah parti pelbagai kaum yang unggul di tanahair.

  3. Seorang pemimpin yang disegani dan dihormati sekalian rakyat tanpa mengira kaum hatta ahli-ahli Umno juga masih ramai yang menyokong beliau sehingga kini.

  4. Banyak rahsia pemimpin Umno diketahui oleh beliau.

MCA yakin tawan tiga kerusi dun PR

Kekalahan MCA kebanyakan kerusi dun yang ditandingi pada PRU 2008 lalu telah menyebabkan BN Negeri Sembilan kehilangan kelebihan dua pertiganya dalam Dewan Undangan Negeri. Namun begitu, pihak MCA Negeri Sembilan juga diketahui telah menyusun kembali strategi dan gerakan politiknya untuk kembali merampas kerusi-kerusi dun yang tewas tersebut khususnya yang dimenangi oleh DAP.

Ada maklumat tidak rasmi yang diperolehi daripada orang dalam MCA Negeri Sembilan bahawa sasaran mereka adalah dun Temiang, Rahang dan Repah disamping mempertahankan kemenangan di dun Chennah.

Berdasarkan data keputusan PRU-12, DAP memenangi ketiga-tiga dun tersebut dengan kelebihan bawah dua ribu undi. MCA mempunyai keyakinan tinggi untuk menawan ketiga-tiga kerusi tersebut atas faktor sokongan pengundi Melayu yang tinggi kepada BN iaitu sekitar 65 hingga 68 peratus.

Maklumat ini harus diambil perhatian oleh PR NS sekiranya ingin menawan negeri ini pada PRU-13 nanti. PR NS mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan untuk memperkemaskan prestasi dan kelebihan.

Apabila menyentuh isu sokongan pengundi Melayu, peranan membantu rakan komponen, DAP perlu diperkuatkan khususnya di kawasan-kawasan majoriti pemilih Melayu bagi meningkatkan kefahaman dan sokongan mereka kepada perjuangan PR.

Tuesday, December 13, 2011

Isu Fidlot-NFC: Umno merasai bahang liabiliti!

Ini adalah beberapa petikan daripada pimpinan Umno yang telah mula menekan Shahrizat Jalil untuk meletakkan jawatannya.

Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

NONEDitanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".






“Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.

NONE“Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya,” tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum ‘Cuit’.









NFC: Jangan bebankan Umno, kata Syed Ali
NONEKatanya, kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat adalah hak rakyat.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya.

"Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com.

Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur
Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

NONE"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.






Projek lembu: Elak Umno, kerajaan dituduh bersubahat
Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail digesa lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Dr Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi berkata sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

"Saya gesa Datuk Seri Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan.

"Bila berdiam diri, tak jawab (segala dakwaan) seolah-olah dia tidak bertanggjungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan Umno dan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Projek lembu: Ghapur pula gesa Shahrizat letak jawatan
Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONEAhli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

“Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.