Friday, June 11, 2010

PENEROKA FELDA DIZALIMI

Adakah rakyat Malaysia sedar bahawa peneroka felda sedang dizalimi secara mental dan fizikal ?
Mereka dizalimi secara mental kerana dilayan seperti `pekerja ladang estet' dan dinafikan hak walau pun dalam masa yang sama dipaksa membayar segala kos. Mental mereka masih ditanamkan nilai bahawa mereka amat bergantung nasib kepada felda dan telah termakan jasa yang begitu besar hingga mereka tak mungkin mampu membayarnya seumur hidup. Mental mereka dibuli dengan ugutan bahawa mereka boleh bila-bila masa diambil tindakan bahkan dihalau dari rumah dan tanah mereka sekiranya mereka menyokong pembangkang walau pun mereka telah melangsaikan hutang. Mental mereka didera bahawa keluarga dan anak cucu mereka hanya akan selamat dan `berjaya atau bahagia' jika menerima bulat-bulat keputusan felda terhadap harta benda dan hak milik tanah mereka.
Secara fizikal mereka didera kebebasan mereka dengan akta-akta yang digubal oleh kepentingan felda. Mereka dihina dan disusahkan hanya kerana meminta hak tanah mereka diserahkan segera. Mereka dicemuh sebagai tidak mengenang budi hanya kerana tidak setuju dengan beberapa keputusan pengurusan felda. Mereka dan keluarga ditekan, dipinggirkan, dianaktirikan dan diperolokkan hanya kerana mereka ingin berdikari dengan mengusahakan sendiri tanah ladang mereka. Malah ada kalanya pihak berkuasa bersekongkol untuk menambah aib dan azab warga rakyat Malaysia bergelar peneroka yang ingin berfikiran maju tapi berbeza pendekatan dengan felda.
Kisah benar mereka mungkin terlalu `tahyul' oleh sebahagian orang yang masih bermimpi. Ini kerana diari kisah benar mereka tidak pernah dibuka atau cuba diselidiki oleh media yang ditunggangi oleh sekutu Yahudi APCO. Rajin-rajinlah membaca jika ingin mendapat ilmu.