Wednesday, December 30, 2009

X-Files: Persoalan Yang Belum Terjawab?



Apakah sebenarnya '1Malaysia'?


Setiap kali perdana menteri baru dilantik, masing-masing menjanjikan pembaharuan, urustadbir dan negara Malaysia yang lebih baik.

Najib memulakan pentadbirannya dengan berulangkali menyeru kepada sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, kali ini melalui platform yang digelar '1Malaysia'.

Selepas lapan bulan berlalu, namun masih tidak jelas apakah yang Najib maksudkan dengan '1Malaysia'.Sejak ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Najib memperagakan banyak slogan, agaknya ciptaan firma antarabangsa Apco Worldwide yang diupah untuk menggilap imejnya.

Tetapi musuh utama 1Malaysia ialah akhbar harian milik Umno Utusan Malaysia - yang terus menerus menyiarkan artikel-artikel yang berunsur rasis, sesetengahnya telah melabelkan rakyat India Malaysia sebagai 'keling' - satu istilah yang dianggap berunsur menghina.

Yang terbaru ialah isu Biro Tatanegara (BTN) yang turut mencetuskan kontroversi apabila ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, menggesa supaya ianya dimansuhkan.


Bagaimanakah '1Malaysia' ini dapat disesuaikan dengan slogan 'Ketuanan Melayu' dan hak keistimewaan orang Melayu, masih belum dapat dilihat. Atau ianya satu lagi percubaan sinis untuk menyesuaikan mesej yang berbeza kepada penonton yang juga berbeza?

Tuesday, December 29, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama

Suasana pendaftaran peserta konvensyen dari PKR.

Ucaptama Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Berpadu, Berubah & Berkat


Memorandum Persefahaman membentuk Pakatan Rakyat
Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Disember 2009 lepas.
Seramai 1500 perwakilan daripada ketiga-tiga parti gabungan PR iaitu PKR, DAP dan PAS telah hadir membanjiri Auditorium MBSA, Shah Alam.
PKR Tampin diwakili oleh Ketua Cabang, saudara Kapten (B) Zolkapli Kassim bersama Hj. Baharuddin Arif (timbalan ketua), Puan Fathillah Nurani Salleh (Ketua Wanita) dan saudara Firdaus Baharuddin (Ketua AMK).





Tiada Anggota PKR Tampin Keluar Parti


Dipetik daripada Sinar Harian


TAMPIN-Parti Keadilan Rakyat Cabang Tampin menafikan anggotanya bertindak keluar parti untuk menyertai Umno seperti didedahkan akhbar Sinar Harian keluaran 25 Disember 2009.


Timbalan Ketuanya, Baharuddin Arif Siri berkata, laporan pengisytiharan dan penyertaan Abdul Rahim Abdullah, 36, ke parti Umno bersama empat rakannya di Pejabat Dewan Undangan Negeri(DUN) Gemencheh sekadar mencari publisiti murahan.


Menurutnya, keadaan lebih melucukan apabila wakil rakyat kawasan terpedaya dengan Abdul Rahim dan rakan yang didakwa mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi tanpa melihat latarbelakang terlebih dahulu.


"Saya menafikan laporan akhbar mendakwa anggota PKR di daerah ini keluar parti untuk menyertai Umno bersama empat rakannya di hadapan ADUN Gemencheh."


"Melalui siasatan dan penelitian rekod keanggotaan, saya percaya individu berkenaan bersama empat rakannya bukan ahli PKR, sebaliknya berkemungkinan ahli Umno masuk Umno atau Barisan Nasional menyertai BN."


Baharuddin Arif juga Pengerusi Penyelaras PKR DUN Gemencheh berkata, tindakan Abdul Rahim bersama empat rakannya bertemu wakil rakyat kawasan untuk menyertai Umno hanya bermotifkan agenda peribadi.


"Mereka kebanyakan menyatakan rasa tidak percaya dengan kepimpinan BN hari ini. Sedikit masa lagi, PKR akan membuka lima Ranting di DUN Gemencheh dengan penyertaan seramai 562 orang yang sudah mengisi borang keanggotaan." katanya.

Menjawab Persoalan Paklang@Yahoo.com

PKR Tampin tidak mahu melayan ulasan-ulasan yang datang daripada penyokong Ketuanan Melayu yang bersikap jumud dan tidak terbuka akal fikirannya.

Secara ringkas jawapan kepada individu yang menggelarkan diri sebagai Paklang:
Islam itu memberi kebebasan kepada umatnya untuk berfikir dan tidak dikongkong oleh fahaman sempit yang mampu membinasakan umat manusia lain. Islam juga melarang umatnya berlaku kejam dan tidak berlaku adil kepada manusia lain.

Tidak gunanya jika susuk jasad Islam tetapi corak pemikiran tidak memahami ajarannya dan mudah terpedaya dan tersogok dakyah politik sempit seperti Umno.

Soalan mudah kepada individu ini: Apakah tanpa Umno akan binasa Melayu dan Islam?
Jawapan mudah-ISLAM itu telah WUJUD lebih AWAL daripada Umno iaitu sejak 1431 tahun dahulu. Tanpa Umno, Melayu tetap hidup berjaya dengan kebolehan akal, keupayaannya, keteguhannya dan diperkuatkan dengan kefahaman mendalam akan ajaran-ajaran Islam.

Jika saudara masih berpegang hanya Umno sahaja yang boleh menjaga Melayu, ya..Umno menjaga Melayu yang korup, yang tidak amanah dan pendusta. Dan jika itu fikiran saudara, maknanya saudara lebih bertuhankan Umno dan berimankan Ketuanan Melayu itu. Munafik atau sesat?? Fikirkanlah sendiri sebelum terus mempercayai retorik-retorik bodek Ridhuan Tee Abdullah dalam Utusan Melayu yang sentiasa melebongkan fikiran benar Melayu.

Pakatan Rakyat adalah perjuangan untuk rakyat keseluruhannya.