Sunday, March 15, 2009

Persiapan PRK Bukit Selambau

Bahagian Tampin juga tidak ketinggalan dalam membantu Perhubungan Negeri Sembilan untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Dun Bukit Selambau pada 7 April 2009 nanti.

Haji Baharuddin Hj Siri, Timbalan Ketua Bahagian telah dilantik oleh Pengarah Pilihanraya Negeri sebagai Ketua Bilik Gerakan Kontinjen Negeri Sembilan di Bukit Selambau. Bahagian Tampin juga dijangka akan menghantar 20 orang petugas Bahagian untuk PRK itu nanti.

Perhubungan Negeri telah memaklumkan Kontinjen Negeri Sembilan akan bertugas di kawasan Tasek Apong dan United Petani. Walaupun kedua-dua kawasan ini dimenangi oleh PKR pada PRU ke 12 lalu, para petugas negeri akan memastikan peningkatan undi kemenangan kepada PKR. Jika usaha dan strategi berkesan yang berterusan, ramalan kemenangan besar pasti memihak kepada PKR.

Tuesday, March 10, 2009

SEKITAR CERAMAH KE ARAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Barisan penceramah awal...dari kiri, Ketua bahagian Kuala Pilah, saudara Nordin Ismail bersama Adun Repah,YB Veerapan dan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, saudara Ibrahim Yusof.


Ketua Penerangan PKR Pusat merangkap Ahli Parlimen Batu, YB Chua Tian Chua sedang menyampaikan ceramah isu politik semasa.


Jamuan perpaduan PR...Dato' Kamarul Baharin Abbas (kiri) menjamu selera bersama DSAI dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Hj. Zulkifly Omar (kanan).


Kedatangan DSAI disambut oleh pelbagai kelompok masyarakat di Tampin.


Bersatu...kehadiran pelbagai masyarakat pelbagai kaum sekitar Tampin yang memenuhi dewan utama Kelab Yu Ai, Kg Baru Seri Tampin.

Walaupun hujan turun dengan lebat, tidak sekali pun menghalang kehadiran hampir lima ribu orang dari pelbagai masyarakat untuk memberi sokongan kepada ceramah Ke Arah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

Jelas sekali, semangat inginkan perubahan baru politik telah rancak di kalangan rakyat Tampin demi kesejahteraan kehidupan masa depan mereka. Kehadiran Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memancarkan harapan baru dan sinar perubahan bahawa keyakinan kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini kian hampir.

Program telah bermula seawal jam 7.30 malam dengan kehadiran beberapa ADUN PKR berbangsa Tionghua seperti YB Chua Tian Chua, YB Tan Tee Beng dan YB Chan Lih Kang bagi membuka tirai ceramah isu semasa.

DSAI tiba jam 10.30 malam. Kedatangan beliau telah disambut meriah dengan tepukan gemuruh orang ramai. Sudah pasti krisis politik Perak menjadi fokus utama ceramah beliau disamping penjelasan beberapa isu politik terkini yang dimainkan oleh media kawalan BN.

DSAI juga sempat beramah mesra dengan seluruh AJK Bahagian Tampin yang diketuai oleh Kapten (B) Zolkapli Kassim.

Program ini telah berjaya menarik kehadiran yang memberangsangkan tanpa berlaku sebarang kesulitan.

Wednesday, March 4, 2009

Sekitar Persiapan Ceramah Ke Arah Kerajaan Pakatan Rakyat NS

Orang kuat cawangan Taman Clonlee, saudara Jeffery Young (kiri) bersama Haji Baharudin.


Tinjauan Persiapan...Ketua Penerangan, Ibrahim Yusof (dua dari kiri) bersama SUP, Sabaruddin Mohd Yassim membuat tinjauan persiapan di Kelab Yu Ai. Kapten Zol (kanan sekali) bersama Timbalan Ketua AMK negeri, Rosidan Mohamed.


Pandangan hadapan Kelab Belia Yu Ai, Kg. Baru Seri Tampin, Tampin.


Gagah Berkibar...banner ceramah dan bendera parti-parti Pakatan Rakyat gagah berkibar di hadapan jalan utama Kelab Yu Ai.