Tuesday, January 20, 2009

Konvensyen Penghayatan Islam

Satu Konvensyen Penghayatan Islam yang dianjurkan oleh Biro Latihan PKR Pusat akan diadakan pada 23-25hb Januari 2009 ini. Konvensyen ini akan diadakan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Ketua bahagian Tampin, Kapten (B) Zolkapli Kasim, Timbalan Ketua, Haji Baharuddin Haji Siri dan Ketua Wanita Bahagian Tampin, Puan Fathillah Nuraini Salleh akan mewakili bahagian Tampin ke konvensyen tersebut.

Wednesday, January 7, 2009

DEMO Rakyat NS Sokong Palestin 9 Jan Senawang

DEMONSTRASI Rakyat Negeri Sembilan Menyokong Perjuangan Rakyat Palestin
JUMAAT 9 Januari 2009
Di Perkarangan Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan
Selepas Solat Jumaat
Semua Dijemput Hadir

Anjuran : Koordinator Sukarelawan Selamatkan Al Quds dan Gabungan NGO
Hubungi 019-2998345(azizi keadilan Rembau 0123696474)

Tuesday, January 6, 2009

Tokoh Pakatan lancar kempen PAS

Pakatan Rakyat memulakan kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan satu ceramah besar di Kampung Tanjung membabitkan empat tokoh utama PAS, PKR dan DAP.

kuala terengganu by election pakatan ceramah perdana 060109 leadersPenasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkempen di depan hampir 10,000 orang malam tadi.

Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim turut menyampaikan ucapan ringkas.

Kawasan tepi pantai seluas dua kilometer sesak sejak jam 9 malam dan Jalan Sultan Zainal Abidin yang menjadi laluan utama ke tempat ceramah penuh dengan kenderaan.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi mendakwa ada orang tertentu yang menyamar seperti orang PAS untuk mengelirukan penyokong-penyokong parti itu dalam pilihanraya kali ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penyokong PAS tidak bertindak sendiri secara melulu.

"Biar kita (pemimpin) yang menentukan... biar kita bertindak," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tindakan yang akan diambil terhadap orang yang menyamar itu.
Anwar pula mendedahkan percubaan Umno yang mahu melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu yang membabitkan syariat Islam.

Kata ketua pembangkang itu, tidak ada hak mana-mana orang bukan Islam untuk mempertikaikan hak orang Islam.

"Tetapi Umno khianat supaya kita berbeza pendapat dalam perkara tersebut. Berbeza pendapat dan pandangan bukanlah bermakna telah berlaku perpecahan sesama kita.

"Dalam Pakatan kita boleh berbeza pandangan politik," katanya mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

Nik Aziz pula bercakap mengenai keperluan orang Islam mengundi calon PAS.

Menurut menteri besar Kelantan itu, menolak PAS bermakna menolak Islam.

"Kerana perjuangan PAS bukan sahaja untuk dunia tetapi di akhirat juga.

"Kalau Umno kata ia buat pembangunan, PAS pun buat pembangunan tetapi PAS perjuangannya kerana Islam," katanya lagi.

kuala terengganu by election pakatan ceramah perdana 060109 crowdKit Siang pula berkata, tsunami politik yang tercetus dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu akan menjadi gelombang lebih besar jika Pakatan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kerana itu, katanya, adalah penting supaya gabungan pembangkang menang kerusi parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Abdul Wahid berdepan dengan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas Azharudin Mamat.

Masjid, surau perlu anjur solat hajat kutuk serangan Israel




TAMPIN - Masjid dan surau di daerah ini diminta menganjurkan program solat hajat dan ceramah agama bagi mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Islam Palestin.

Timbalan Pengerusi Persatuan Seriwani, Mazlan Abd Hamid berkata, melalui usaha itu, masyarakat Islam di negara ini juga dapat bersatu dengan mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin daripada terus dianiaya rejim Zionis.

Menurutnya, program keagamaan itu juga bertujuan memohon supaya keganasan dan penganiayaan tentera Israel akan mendapat hukuman yang setimpal.

“Saya berharap seluruh rakyat Islam dapat menjayakan program ini dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Palestin yang terus menerus dizalimi tentera Israel.

“Israel melakukan serangan ke atas masyarakat Palestin yang tidak berdosa sehinggakan anak-anak kecil menjadi mangsa kerakusan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mazlan berkata, kerajaan melalui kementerian berkaitan juga diminta menyenaraikan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan negara Israel dan sekutunya bagi memudahkan masyarakat di negara ini melaksanakan usaha memboikot produk terbabit.

“Usaha itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang dikhuatiri timbul dalam kalangan pengguna yang berhasrat memboikot barangan keluaran Israel atau negara-negara sekutunya.

“Produk atau perkhidmatan syarikat Israel atau negara-negara sekutunya yang kita import dari luar harus disenaraikan kementerian berkenaan bagi memudahkan orang ramai memboikot produk keluaran negara itu,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu perlu digerakkan secara berterusan dan masyarakat juga perlu sepakat melaksanakan tindakan itu bagi memastikan matlamat menjatuhkan kuasa Israel dan sekutunya menjadi kenyataan.

“Masyarakat juga tidak perlu bimbang kerana Malaysia sendiri mempunyai pelbagai produk yang lebih baik dan berkualiti berbanding produk yang dihasilkan syarikat Israel atau sekutunya,” katanya.




Fenomena Permatang Pauh makin jelas di Kuala Terengganu

Wartawan Kita
Tue | Jan 06, 09 | 7:19:45 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) - Dato' Seri Najib Razak kelihatan resah apabila petanda awal Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu semakin tercabar sekarang.

kuala terengganu by election 060109 abdul wahid endutMalah sebelum ini beliau enggan mengakui pilihan raya tersebut sebagai medan ujian terhadap kewibawaannya sebelum menduduki kerusi ketua kerajaan pada Mac depan.

Agak meresahkan lagi apabila penduduk Cina tempatan keluar beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada perarakan calon PAS yang melalui Taman Permin Jaya, Jalan Pusara dan ke stadium negeri.

Ada di antara mereka yang turut mengibar bendera PAS, KeADILan dan DAP sebagai sokongan moral kepada Abdul Wahid Endut.

Agak mengharukan juga apabila ribuan penyokong Pakatan Rakyat bukan Islam dari luar Terengganu hadir memberi sokongan. Situasi itu agak luar biasa apabila mereka datang lengkap dengan pasukan gendang.

"Saya melihat mood pilihan raya Mac 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku hari ini.

"Ini sudah memberi isyarat awal BN berdepan dengan kesukaran untuk mempertahankan kerusi tersebut apabila usaha Umno dan BN menarik kembali sokongan rakyat nampak hambar," kata pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Zainal Abidin Hussin.

kuala terengganu by election nomination pas supporters 060109 03Petang ini difahamkan berlangsung pertemuan Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dengan lebih 100 bloggers dari seluruh negara yang datang ke sini bagi membantu calon Pakatan Rakyat.

Turut kelihatan Raja Petra Kamaruddin pemilik laman web Malaysia-today.

Seorang penduduk tempatan pula ketika ditemui memberitahu calon bebas yang turut bertanding pada pilihan raya tersebut Azharuddin Mamat merupakan bekas orang kuat Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Katanya, kehadiran ahli perniagaan itu ternyata menjadi satu bebanan baru kepada Umno memandangkan beliau mempunyai keluarga yang ramai dan berpengaruh di sini.

"Sudah tentu undi yang akan diraihkan Umno akan berpecah dua kepada Azharuddin dan Wan Farid. Ini tentunya akan memberi satu lonjatan kepada calon PAS," katanya yang bertugas di Wisma Darul Imam.

Menurut sumber ayah kepada calon Bebas terbabit pernah berkhidmat dengan Wan Mokhtar semasa menjadi Menteri Besar Terengganu.

Seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti disiar di laman-laman web menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat juang Umno.

Katanya, biar pun kenyataan itu dituju Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, namun ia menjejaskan reputasi Najib yang sedang berhempas pulas di Kuala Terengganu.

Sebelum ini mantan perdana menteri itu menyuarakan rasa kecewa dengan pemilihan Wan Farid sebagai calon BN kerana dia dianggap hanya seorang proksi kepada Abdullah.

Calon BN itu pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri pada 2003.

Kemudian dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihanraya umum lalu melalui kuota sebagai senator.

Tamparan lebih hebat menimpa jentera BN apabila calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan kertas pencalonan.

Lebih menarik lagi apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon PAS.

Zainal berkata, bakal Perdana Menteri terpaksa bekerja lebih keras lagi bagi mempertahankan kerusi Kuala Terengganu kerana petanda awal sudah memihak kepada PAS. - mj _

Kunci Tadika Kemas: Lakonan Umno untuk burukkan Pakatan Rakyat

dipetik dari Harakah Daily.net
Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik

Tue | Jan 06, 09 | 8:30:44 pm MYT

MENJELANG pembukaan sesi persekolahan yang baru 5 Januari lalu, tiba-tiba Umno mendapat idea jahat terkini untuk memomokkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Pada petang 4 Januari keluar SMS (khidmat pesanan ringkas) di kalangan pemimpin Umno Perak yang berbunyi: "Jam 9.00 pagi 5/1/09 bawa Tan Sri Muhammad Taib (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ke Dewan Tadika Kemas Sri Ampang di mana pelajar tadika Kemas dihalang masuk dewan oleh arahan kerajaan negeri, boleh jadi isu kempen kita di Kuala Terengganu."

Maka pada pagi tersebut tidak kurang daripada 50 orang pemimpin Umno di pelbagai peringkat (dari Ahli cawangan sehinggalah Menteri) berduyun-duyun tiba di premis tersebut.

Seawal 7.40 pagi, wakil-wakil media TV3 dan RTM, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemas menunggu di situ. Siapa yang menjemput pihak media tersebut?

Mendapat respon daripada SMS tersebut dan arahan tegas YAB Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika tidak dihalang, maka seawal 7.30 pagi pihak JKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan.

Silapnya rantai pagar yang tidak berkunci tidak dialihkan.

Apabila penulis sampai ada tiga pelajar tadika menunggu di luar pagar bersama ibu bapa dan seorang guru tadika perempuan berumur sekitar 40-an.

Khuatir suasana itu boleh dijadikan modal lakonan di media, penulis mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan.

Drama Umno/Kemas tersebut terserlah apabila tiba-tiba guru Kemas cuba menghalang daripada pintu pagar tersebut dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali supaya lakonan dapat dipanjangkan sementara menunggu para-para tetamu beliau.

Cikgu tersebut sibuk menelefon meminta tetamunya datang segera ke Sri Ampang. Tentulah tetamu VIPnya adalah Menteri yang secara kebetulan berada di Perak!

Guru tersebut berkeras mengapa hanya sekarang (pagi tersebut) dewan dibenarkan dibuka. Mengapa tidak beberapa hari lebih awal. Isunya mudah. Kerajaan negeri tidak pernah menghalang kelas Tadika Kemas beroperasi.

Isu timbul kerana apabila pihak JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mengenakan peraturan penggunaan dewan supaya pihak Kemas meminta kunci secara rasmi bagi kegunaan tadika daripada pihak JKKK.

Guru tersebut dilaporkan berkata kepada Ketua Kampung (yang secara kebetulan seorang ustaz bekas pensyarah Politeknik) bahawa beliau tidak akan mahu berjumpa Ketua Kampung untuk mengambil kunci.

Pihak Umno melalui Ketua Bahagiannya menegaskan Ketua Kampung yang sepatutnya meminta kebenaran daripada Kemas jika menggunakan dewan.

Alasannya Dewan itu hak milik Kemas kerana 'orang-orang Umno' yang bersusah payah mendirikannya 20 tahun dahulu.

Bagi JKKK pula, dewan tersebut milik kerajaan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk aktiviti masyarakat (selain aktiviti politik) kerana dewan itu didirikan di tanah kerajaan. Namun Kemas tidak pernah dihalang untuk terus beroperasi.

Apa yang sebenarnya diperlukan adalah kajian tentang status dewan-dewan orang ramai di seluruh negeri Perak dan peraturan bertulis tentang penggunaan Dewan supaya tidak ada lagi dewan-dewan orang ramai yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya Umno/BN.

Tindakan lebih tegas juga diperlukan bagi menangani media tiga suku yang 'hostile' kepada Kerajaan Perak kini.

Antaranya disarankan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan dalam ruang Awang Selamat (6 Januari 2009) bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor adalah sezalim Yahudi Israel kerana menghalang pelajar-pelajar Tadika Kemas dalam keadaan Utusan Malaysia menyedari Kerajaan Perak telah pun mengadakan sidang akhbar pada 5 Januari 2009 menafikan tindakan tersebut.

Buktinya di seluruh negeri Perak beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan.

Penulis adalah Bendahari Perhubungan PAS Negeri Perak. _